Polis Johor Terima Lima Laporan Berhubung Alvin Tan Hina Islam

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 10:14 PM

Alvin Tan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Lima laporan polis dibuat di Johor pada Jumaat berikutan tindakan seorang blogger kontroversi Alvin Tan yang menghina Agama Islam tersebar meluas di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Ramli Hassan yang mengesahkan laporan berkenaan berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan iaitu dua di Johor Baharu Utara dan tiga di Balai Polis Nusajaya.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan itu berikutan kegusaran masyarakat terhadap tindakan provokasi Tan yang menggunakan helaian naskah al-Quran digunakan sebagai tisu tandas.

"Banyak pihak yang marah dengan tindakan Tan ini, saya banyak mendapat panggilan daripada pelbagai pihak, sebelum ini mereka boleh bertahan tetapi kali ini perbuatan Alvin ini sangat melampau," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya kes ini akan diserahkan kepada Polis Diraja Malayasia (PDRM) Bukit Aman, mereka akan membuka kertas siasatan berhubung kes ini, serta membuat siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah Abdul Hamid Soaip yang mewakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Balai Polis Kangkar Pulai, Nusajaya, petang tadi berkata pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu terbabit.

"Kami berharap pihak berkuasa akan menyiasat lebih terperinci supaya Tan  dibawa ke muka pengadilan kerana perbuatannya yang melampau itu," kata beliau selepas membuat laporan polis.
Tags / Kata Kunci: hina Islam , Alvin Tan , Datuk Ramli Hassan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan