Tanah Runtuh: Pemandu Lori Naik Angin, Rempuh Palang Plaza Tol

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 7:01 PM

Anggota polis membuat kawalan di plaza tol Bentong selepas sekumpulan pemandu lori bertindak berhimpun dan meminta polis membuka laluan kepada mereka setelah Lebuhraya Karak ditutup akibat tanah runtuh, Rabu. -fotoTHESTAR/Low Boon Tat

(Ubah saiz teks)

KARAK: Seorang pemandu lori ditahan kerana merempuh palang di plaza tol Bentong di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohd Nor berkata, kira-kira 25 pemandu lori bertemu dengan polis kira-kira pukul 1 tengahari Jumaat, meminta izin supaya mereka dapat melepasi palang tersebut.

Polis, bagaimanapun memberitahu mereka keadaan lebuhraya masih tidak selamat.

Pemandu-pemandu itu marah dan mengugut untuk melanggar palang tol.

Mengabaikan arahan polis, salah seorang daripada pemandu memutuskan untuk merempuh palang plaza tol pada pukul 2.15 petang Jumaat.

Lelaki berusia 35 tahun itu kemudian ditahan polis pada pukul 2.25 petang.

Dia ditahan di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Pada Rabu, banjir lumpur berlaku pada pukul 6.30 petang berhampiran Lentang-Bukit Tinggi mengakibatkan sebahagian daripada lebuhraya tidak boleh ditutup untuk laluan awam.

Tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori terkandas di tempat kejadian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan