Pelajar IPTA Maut, Kereta Dihempap Lelaki Terjun Tingkap Hotel

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 4:31 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) maut selepas kereta yang dipandunya dihempap seorang lelaki dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah hotel di Banda Hilir, di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa Arfan Syazani Salahudin, 19, yang menaiki Perodua Viva baru tiba di tempat letak kereta hotel berkenaan sebelum dihempap satu objek dari atas.

"Hasil hentakan objek berkenaan (lelaki berkenaan) mengakibatkan bahagian bumbung kereta kemek dan terkena mangsa yang merupakan pekerja sambilan di hotel tersebut.

"Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki berusia 43 tahun yang terjatuh di atas kereta mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kira-kira pukul 3 petang," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata berkata lelaki dari Bukit Katil di sini yang dipercayai terjun dari tingkat 13 itu mendaftar masuk seorang diri di hotel berkenaan kira-kira pukul 9.40 pagi Jumaat.

Shaikh Abdul Adzis berkata kes kematian remaja yang berasal dari Bukit Rambai di sini itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, ibu Arfan Syazani, Aslina Ansari, 43, ketika ditemui berkata anaknya itu sedang bercuti semester tiga dari pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan baru bekerja di hotel tersebut kira-kira dua minggu.

"Sebelum pergi kerja pagi tadi dia sempat meminta bekal untuk dibawa ke tempat kerja walaupun biasanya dia tidak berbuat demikian.

"Dia tidak menunjukkan sebarang kelainan pada dirinya, namun pagi tadi saya sempat berpesan pada arwah supaya berhati-hati memandu," katanya.

Aslina berkata dia dan keluarga reda dengan insiden itu dan mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina di sini. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: maut , pelajar IPTA , terjun tingkap

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan