Polis Tahan Lelaki Terlibat Pergaduhan Di Plaza Low Yat

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 9:29 AM

TERKAWAL... Polis menahan seorang suspek lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pekerja di sebuah kompleks membeli-belah Plaza Low Yat pada kira-kira 7 malam Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kejadian di kompleks membeli-belah itu berlaku kira-kira 7 malam Khamis.

"Pergaduhan itu melibatkan suspek berumur 27 tahun dengan seorang pekerja di kompleks itu (Plaza Low Yat), yang mengganggu di premis pekerja berkenaan," katanya.

Difahamkan, suspek sebelum itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Bulatan dengan salah seorang pekerja di premis berkenaan.

Susulan itu, suspek yang tidak berpuas hati datang ke premis itu dan menumbuk muka mangsa.

Zainol berkata suspek telah ditahan pada 8 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Plaza Low Yat, Gary Lam berkata insiden pergaduhan tersebut adalah disebabkan salah faham. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pergaduhan , Plaza Low Yat , PDRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan