Ibu Tiri Kanak-Kanak Meninggal Dunia Akibat Didera Dicari Untuk Bantu Siasatan

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 11:04 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu isteri pertama seorang lelaki di mana anak tirinya yang berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, polis sedang mencari wanita itu yang dipercayai berada di Melaka.

"Kita berharap dia dapat tampil untuk membantu siasatan," katanya pada Isnin.

Ibu kandung mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki itu, telah ditahan oleh pihak polis pada Sabtu, bersama-sama dengan suami dan rakannya.

Mohd Roy berkata pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, ibu mangsa dan bapa kandungnya telah bercerai sebelum dia berkahwin dengan suspek yang sudah mempunyai seorang isteri, pada bulan Julai tahun ini.

Mohd Roy berkata, wanita itu dan mangsa tinggal bersama ibu bapanya manakala suami barunya tinggal bersama isteri pertamanya.

Tambahnya, ibu mangsa, bagaimanapun, akan meninggalkan anaknya itu dengan bapa tirinya setiap kali dia keluar pergi berkerja.

Beliau berkata, ibu kepada mangsa masih dalam trauma kerana mengalami keguguran beberapa hari yang lalu.

Polis pertama kali dimaklumkan mengenai kemungkinan berlaku penderaan oleh bapanya yang membuat laporan polis mengenai kematiannya.

Sebelum itu, bapa mangsa yang berusia 28 tahun itu menerima panggilan daripada bekas isterinya, memintanya pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana anak perempuan mereka telah dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat.

Apabila bapanya tiba, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa anaknya telah meninggal dunia. Bapanya membuat laporan di pondok polis HKL pada pukul 1.08 pagi.

Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah dibawa ke hospital oleh bapa tirinya dan seorang lagi rakan pada pukul 10.13 malam.

Kanak-kanak itu sebelum itu telah bermain di rumah bapa tirinya di Lojing Heights, Wangsa Maju, kira-kira pukul 8.00 malam apabila dia mula muntah. Bedah siasat menunjukkan punca kematian kerana kecederaan parah di kepala akibat trauma.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Zainuddin Ahmad pada Ahad berkata ketiga-tiga suspek - ibu mangsa yang berusia 28 tahun, bapa tiri yang berusia 34 tahun dan rakan berusia 35 tahun itu telah ditangkap di HKL dan ditahan reman selama tujuh hari.
Tags / Kata Kunci: mangsa dera , suspek dera , dera kanak-kanak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan