Pendaki Wanita Ditemui Selamat Selepas 72 Jam Hilang

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 9:16 PM

Gunung Chamah.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang pendaki wanita yang menyertai ekspedisi pendakian ke Gunung Chamah di sini ditemui selamat selepas 72 jam dilaporkan hilang.

Loy Siew Ling, 37, yang berasal dari Johor Baru terselamat selepas dia menemui sebuah perkampungan Orang Asli berdekatan.

Kumplan Media Star yang kini berada di Kampung Penad sempat bertemui Siew Ling secara eksklusif ketika dibawa menaiki kenderaan Jabatan Pertahanan Awam di Kampung Gadih yang terletak bersebelahan.

"Ini pertama kali saya ke Gunung Chamah," katanya yang kelihatan dalam keadaan sangat lemah.

Muka dan tangannya dipenuhi kesan gigitan nyamuk dan serangga dan pasukan penyelamat membawanya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siew Ling adalah antara 14 pendaki yang menyertai Ekspedisi Pendakian ke Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat sejak 8 November lalu.

Menurut ketua ekspedisi, Lim Che Liang, 64, hanya 13 daripada mereka termasuk Siew Ling meneruskan pendakian ke puncak Gunung Chamah selepas bermalam di sebuah tapak perkhemahan.

Katanya, Siew Ling disedari hilang ketika mereka turun selepas meluangkan masa sejam di puncak gunung berkenaan.

Menurut seorang lagi pendaki, Ho Woei Jiunn, 29, beliau sempat berkomunikasi dengan Siew Ling selepas ditemui.

"Dia ada beritahu saya secara tiba-tiba pandangannya gelap dan seakan diganggu bayang-bayang hitam," kata Woei Jiunn pada masa kejadian berjalan di belakang Siew Ling.



Tags / Kata Kunci: Gunung Chamah , Loy Siew Ling , Kampung Gadih

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan