Dua Pencuri Pisang Akhirnya Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:12 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Kehilangan pisang yang banyak berlaku di daerah ini akhirnya terjawab apabila polis berjaya menahan dua lelaki bersama pisang yang dicuri mereka pada awal pagi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohd Salleh Abd Razak berkata suspek berumur 34 dan 38 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4 pagi di Jalan Taman Serom Utama di sini.

"Kedua-dua mereka ditahan dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan 15 tandan pisang jenis berangan dan ketika ditanya memberikan jawapan meragukan dari mana hasil pisang itu diperolehi mereka," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Sungai Mati di sini, Rabu.

Mohd Salleh berkata kedua-dua suspek berasal dari Bukit Gambir di sini dan salah seorang suspek berusia 34 tahun itu mempunyai kesalahan dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya seorang lagi suspek berumur 38 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi kedua-duanya disahkan positif dadah jenis syabu.

"Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menjumpai sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk mencuri pisang berkenaan," katanya.

Beliau berkata kedua-duanya telah ditahan reman sehingga Khamis untuk membantu siasatan yang kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Menurutnya sepanjang Januari hingga 9 November lalu sebanyak 23 kes kecurian pisang dilaporkan berlaku di daerah ini yang membabitkan kerugian lebih RM20,000.

Katanya kebanyakan kes kecurian pisang berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi dan pencuri licik melepaskan diri.

Sehubungan itu beliau meminta kerjasama daripada orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung setiap kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka terutama melihat individu mencurigakan seperti di kebun pisang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pencuri pisang , ditahan

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan