Bapa Empat Anak Ditembak Lima Kali Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Empat anak kepada seorang lelaki yang ditembak lima kali di depan mata mereka, kini menjadi anak yatim apabila bapa mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Kesawan Aramuggam, 28, yang ditembak sebanyak lima kali oleh penyerang tidak dikenali di Semenyih pada Jumaat lalu, meninggal dunia pada Selasa.

Polis kini mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai kes bunuh.

Di bilik mayat Hospital Kajang, bapa Kesawan berkata dia tidak memahami mengapa ada orang yang sanggup membunuh anak lelakinya.

"Dia tidak mempunyai musuh dan tiada berhutang dengan sesiapa. Saya tida tahu mengapa ada orang akan melakukan perkara ini," kata bapanya yang enggan namanya didedahkan.

Kesawan meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas bertarung nyawa selama lima hari.

Menurut bapa Kesawan, kesemua anaknya yang berusia antara setahun hingga tujuh tahun akan dijaga oleh ibu mereka

Mangsa dikatakan sedang membeli alat tulis bersama tiga anaknya di sebuah kedai di Taman Tasik Keruma pada petang Jumaat ketika ditembak.

Polis berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang suspek yang memakai topi keledar memasuki premis tersebut kira-kira pukul 4.14 petang dan mengacukan pistol tepat ke arah mangsa.

Saksi di kedai itu memberitahu pemberita bahawa mereka terdengar lima das tembakan dilepaskan.

Kesawan dilaporkan ditembak di bahagian dada.

Kekecohan itu menyebabkan pemilik kedai dan pekerjanya bersembunyi di bawah meja untuk melindungi diri mereka.

Suspek dilihat membonceng sebuah motosikal yang memecut laju sejurus selepas insiden itu.

Kesemua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Tags / Kata Kunci: tembak , mati , Kesawan Aramuggam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan