Polis Usaha Bebaskan Seorang Lagi Tebusan - Berita Jenayah | mStar

Polis Usaha Bebaskan Seorang Lagi Tebusan

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 9:22 AM

Bernard Then Ted Fen

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis kini menumpukan perhatian untuk mendapatkan pembebasan jurutera Bernard Then Ted Fen, 39, selepas kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf membebaskan Thien Nyuk Fun, Ahad.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka kini sedang meneruskan usaha agar Then dapat dibebaskan.

Kedua-dua tebusan yang diculik dari restoran makanan laut Ocean King di Sandakan pada 4 Mei lalu.

Jalaluddin berkata Thien tiba di Sandakan selepas menaiki bot selama enam jam dari pulau Jolo dan telah diserahkan kepada keluarganya.

"Sebelum itu dia terpaksa berjalan jauh. Dia letih dan lemah kerana jarak perjalanan yang panjang selain beberapa isu emosi," kata Jalaluddin.

Tambahnya, Thien yang juga pengurus restoran makanan laut, berada dalam keadaan sihat walaupun berdepan pengalaman pahit selama enam bulan di tangan kumpulan lelaki bersenjata.
Tags / Kata Kunci: tebusan , mangsa culik , Bernard Then Ted Fen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan