Dua Beradik Ditahan Bantu Siasatan Kematian Ibu

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 11:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua beradik berusia 25 tahun dan 22 tahun bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata Yah Wan Mat, 63, ditemui terbaring di ruang tamu selepas polis memecah masuk rumahnya pada kira-kira 3 petang tadi, susulan aduan jirannya berhubung limpahan air dari pintu utama rumah itu.

Beliau berkata pemeriksaan pegawai perubatan terhadap mayat Yah mendapati adanya kesan bengkak pada belakang kepalanya, mulut dan hidungnya berdarah, kedua-dua mata dan tepi mulutnya lebam selain bibirnya bengkak.

Polis turut menemui dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang merupakan penuntut universiti awam di dalam rumah itu, semasa memecah masuk kediaman keluarga itu, katanya di sini, Selasa.

"Pintu rumah berkenaan terpaksa dipecahkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum polis menemui mayat mangsa dan kedua-dua anaknya dalam rumah itu," katanya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tags / Kata Kunci: Kematian Ibu , Dua anak ditahan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan