Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Klang-Banting

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan di KM64.5 Jalan Klang-Banting/Port Dickson, dekat sini apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain, petang Ahad.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, ASP Mohd Ayob Abu berkata insiden kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan Md Sajuni Mero, 61, yang memandu kereta Toyota Vios dan isterinya, Asmah Tomas, 56, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Ayob berkata kejadian berlaku ketika kereta dipandu Md Sajuni dipercayai hilang kawalan ketika melalui sebuah selekoh di laluan berkenaan, sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.

"Ekoran perlanggaran itu, kereta mangsa terbabas sehingga masuk ke dalam sebuah parit di bahu jalan tersebut menyebabkan Md Sajuni dan Asmah yang dalam perjalanan dari Sungai Pelek, Sepang menghala ke Kampung Endah, Banting, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu kenderaan yang bertembung dengan kereta mangsa pula dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Mohd Ayob berkata mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: suami isteri , maut , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan