Ular Sawa 80 Kg Telan Babi Hutan Ditangkap

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 11:42 AM

Penduduk kampung dan anggota JPAM sebaik menangkap ular sawa seberat 80 kg yang menelan babi hutan di Kupang, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BALING: Ular sawa sepanjang enam meter dan beratnya mencecah kira-kira 80 kilogram ditemui penduduk Kampung Charuk Kelian Dalam di kawasan paya di Kupang dekat sini.

Haiwan itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas dipercayai menelan seekor babi hutan.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di sini, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia itu pada 1.30 petang, Jumaat.

"Empat anggota kami ke kampung itu dan dengan bantuan penduduk kami berjaya menangkapnya," katanya.

Beliau menambah, pasukan itu mengambil hampir 45 minit untuk memindahkan ular sawa berkenaan dari kawasan paya.

"Perutnya menggelembung dipercayai baru saja menelan babi atau babi hutan," katanya.

Penduduk kampung, Zahid Talib, 45 berkata, haiwan itu ditemui pada kira-kira pukul 11 pagi oleh penjerat burung di ladang getah berhampiran.

Tags / Kata Kunci: ular sawa , Kupang , JPAM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan