STAGG, Polis Melaka Tahan Lelaki Miliki 18 Butir Peluru

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 2:38 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal/Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman dalam operasi bersama Polis Kontinjen Melaka menahan seorang lelaki kerana memiliki 18 butir peluru jenis 9mm di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, awal pagi Sabtu.

Penyelia STAGG, Superitendan Fazlisyam Abd Majid berkata, turut ditemui pada lelaki berkenaan ialah wang tunai RM10,000, tiga keping cek berjumlah RM60,000 dan dua paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah.

Beliau berkata, lelaki yang berusia 54 tahun itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika pemeriksaan dilakukan pada pukul 1.30 pagi tadi.

"Lelaki berkenaan merupakan salah seorang daripada 103 individu yang diperiksa di tiga buah premis pusat hiburan di sekitar kawasan itu secara serentak dalam operasi ini," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata lelaki berkenaan akan disiasat di bawah Akta Senjata Api 1960.

Fazlisyam berkata operasi yang disertai 60 anggota STAGG dan 10 anggota Polis Kontinjen Melaka turut menahan 87 wanita, termasuk lapan wanita warga asing, yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di ketiga-tiga pusat hiburan itu.

"Polis turut menahan dua pengunjung lelaki pusat hiburan tersebut yang mempunyai rekod orang dikehendaki," katanya.

Beliau berkata mereka yang berusia 25 hingga 54 tahun akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 2001.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: STAGG , Bukit Aman , Melaka , peluru

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan