Siasat Kesahihan Laporan Murid Tahun Dua Hampir Diculik

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat kesahihan laporan berkaitan dakwaan cubaan menculik pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Wakuba di Tawau pada 4 November lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata polis masih menjalankan siasatan dan setakat ini, tiada situasi yang boleh dikaitkan ke arah penculikan pelajar terbabit.

"Semalam, seorang guru di Tawau telah membuat laporan polis pada pukul 2 petang mengenai pelajar ini yang diumpan duit RM5 dan hampir diculik masuk ke dalam van.

"Bagaimanapun, pelajar itu bertindak melarikan diri. Dakwaan cubaan menculik itu tidak jelas dan fokus kami sekarang adalah untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada pelajar berkenaan sama ada kenyataan itu benar atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis tamat latihan 101 polis bantuan siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dekat sini, Sabtu.

Sementara itu, dakwaan mengenai seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Beaufort hampir diculik pada 29 Okt lepas berikutan kelewatan pelajar itu diambil balik dari sekolah turut tersebar dan menjadi viral di aplikasi Whatsapp serta laman sosial Facebook sejak semalam.

Awang Sahari berkata, polis tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu dan berharap masyarakat berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan panik.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: culik , Beaufort , Awang Sahari EM Nadzeer

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan