Suspek Siar Maklumat Palsu Di Facebook Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 11:43 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, ditahan di restoran Kuta Bistro Waterfront, malam Jumaat.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra dalam kenyataan pada Sabtu berkata suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam.

Beliau berkata pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa barang yang berkaitan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada Jumaat, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lepas.

Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Facebook , maklumat palsu , Radzlan Razz

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan