Sembilan Lelaki, 16 Wanita Ditahan Di Premis Hiburan

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis menahan sembilan lelaki dan 16 wanita semasa Ops Gempur di sebuah premis hiburan di Jalan Tebrau, di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan selama dua jam bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi Sabtu.

"Serbuan terbabit memeriksa 175 individu yang berada di dalam premis berkenaan iaitu 130 lelaki dan 45 wanita," katanya.

Sulaiman berkata, hasilnya, polis mendapati lapan daripada lelaki terbabit positif terhadap dadah jenis amphetamine manakala seorang lelaki lagi didapati orang yang dikehendaki polis berkaitan kes di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah di Jasin, Melaka.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap wanita pula mendapati 15 daripadanya turut didapati positif terhadap dadah jenis amphetamine.

"Seorang wanita lagi dipercayai pemilik premis berkenaan dan dia kini ditahan bagi membantu siasatan kerana tidak mempunyai lesen hiburan," katanya.

Menurut Sulaiman, kesemua yang berumur lingkungan 20-an itu kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Negeri Johor.

Tags / Kata Kunci: Ops Gempur , pusat hiburan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan