Pendaki Meninggal Dunia Di Gunung Jerai

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika mendaki Gunung Jerai pada Sabtu.

Mohd Firdaus Mohamad, dari Mukim Kedawang, Langkawi disahkan meninggal dunia pada 3.42 petang oleh pegawai perubatan daripada hospital berhampiran yang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Mohd Fisol Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jurupandu kumpulan pendakian mangsa pada 1.01 tengah hari.

"Sejurus sampai, operasi terus dilakukan dan kita menjumpai mangsa pada 1.45 tengah hari dan mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk membawa mangsa ke kawasan hotel Gunung Jerai," katanya.

Enam anggota terlibat dalam operasi terbabit, katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan