Mangsa Lima Das Tembakan Kritikal

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 6:06 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang pekerja syarikat lori kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang akibat lima das tembakan yang dilepaskan lelaki bertopeng di sini, Jumaat.

Kejadian pada pukul 4.14 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 28 tahun sedang membeli alat tulis bersama anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun di sebuah kedah di Taman Tasik Keruma, Semenyih.

Polis masih menyiasat motif kejadian kerana cubaan membunuh. Mangsa ditembak di bahagian dada.

Menurut polis, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang memakai topi keledar memasuki premis berkenaan sebelum mengacukan pistol ke arah mangsa.

Saksi yang berada di dalam kedai berkenaan memberitahu wartawan, mereka terdengar lima tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan pemilik kedai dan pekerja  bersembunyi di bawah meja bagi menyelamatkan diri.

Suspek yang dilihat membonceng motosikal meluru keluar meninggalkan tempat kejadian.

Bagaimanapun anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemilik kedai mendakwa komputer dan mesin fotostet turut rosak akibat terkena peluru.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan kejadian dan polis telah memperoleh rakaman CCTV, selain akan menyoal siasat mereka yang terlibat di tempat kejadian.

"Kami belum bercakap dengan mangsa lagi kerana dia masih di ICU. Kami tidak pasti kenapa suspek bertindak demikian, motif kejadian belum diketahui," katanya.



Tags / Kata Kunci: Taman Tasik Keruma , Hospital Kajang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan