Lelaki Hina Polis Trafik Wanita Di Facebook Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 7 November 2015 11:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Padah menghina anggota polis di laman sosial Facebook, seorang lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Teluk Sisek di sini awal pagi Sabtu, kurang sejam selepas selepas memuat naik status berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata lelaki berusia 23 tahun yang berasal dari Permatang Badak, Bukit Rangin di sini sebelum itu  disaman dalam satu sekatan jalan raya atas kesalahan mengubahsuai ekzos oleh seorang anggota polis trafik wanita kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Suspek yang memandu kenderaan Proton Satria Neo bagaimanapun dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan telah memuat naik status menghina anggota polis wanita berkenaan dalam laman sosial tersebut.

Tindakan itu kemudiannya disedari oleh salah seorang anggota polis dan telah memaklumkan perkara itu kepada anggota polis trafik wanita berkenaan, " katanya Kepada pemberita di sini.

Abdul Aziz berkata suspek yang tidak menyedari perbuatannya itu telah diketahui, melalui sekali lagi sekatan jalan raya tersebut dipercayai untuk pulang ke rumahnya.

Lelaki itu kemudian ditahan dengan bantuan beberapa anggota polis lain sebelum dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita akan menyerahkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Malaysia) untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam masa yang sama Abdul Aziz turut menasihati pengguna laman sosial supaya tidak memuat naik kata-kata kesat atau komen menghina pihak berkuasa untuk mengelakkan mereka dikenakan tindakan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan