SKMM, Polis Siasat Ketua Pengarang Berita Malaysiakini

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua pengarang dan pengarang berita Malaysiakini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta polis di pejabat portal berita itu di sini pada Jumaat.

Difahamkan, siasatan itu dibuat berikutan laporan berkaitan perpindahan timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, seramai 10 pegawai dan anggota SKMM serta polis telah merekod keterangan pengarang tersebut.

Pada Isnin lalu, portal berita pro-pembangkang itu melaporkan seorang pendakwa raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan serta-merta.

Malaysiakini dipetik berkata pegawai itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

"Beliau sebelum ini, ditahan oleh pihak polis pada awal pagi 1 Ogos lalu dan ditahan di sebuah lokap serta rumah dan pejabatnya digeledah.

"Pemindahannya menjadi tanda-tanya kerana peminjaman Ahmad Shazalee ke SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya berkuatkuasa sehingga 2017.

"Bagaimanapun, Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali pada surat bertarikh 14 Oktober mengarahkan Ahmad Shazalee melaporkan diri pada hari berikutnya," lapor portal berkenaan.

Dalam laporan itu Malaysiakini melaporkan SPRM hanya menerima surat arahan pemindahan itu pada hari Jumaat (30 Oktober) lalu.

Apandi bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa Shazalee dipindahkan dan berkata berita Malaysiakini berkaitan perkara itu adalah palsu.

Tags / Kata Kunci: Malaysiakini

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan