Lapan Anggota Geng Samun Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan geng samun dan pecah rumah yang aktif di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain selepas menahan lapan lelaki di sebuah rumah di Bukit Dumbar, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner  Mior Faridalatrash Wahid berkata, kumpulan itu dikesan susulan kes samun rumah ahli perniagaan di Gelugor melibatkan kerugian lebih RM100,000 baru-baru ini.

Beliau berkata lima daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis berkaitan jenayah dan dadah.

"Polis menemui pelbagai barang dipercayai hasil samun dan pecah rumah serta pelbagai alat untuk samun antaranya 40 tali jerut, 26 telefon bimbit, dua walkie talkie, 11 topeng penutup mulut, empat parang panjang, pemotong besi dan kuku kambing.

"Polis turut merampas empat kereta, satu daripadanya menggunakan nombor  pendaftaraan palsu, dua plat nombor pendaftaran dan pelbagai kunci kenderaan," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat. 

Mior Faridalatrash berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu aktif sejak awal tahun ini dan terlibat sekurang-kurangnya dalam lapan kes samun di daerah Timur Laut.

Mereka yang berusia 27 hingga 53 tahun itu juga disyaki terlibat dalam kes samun dan pecah rumah di beberapa daerah lain di negeri ini serta di Kedah dan Perak, katanya.

Beliau berkata polis percaya kumpulan itu hidup berpindah randah bagi mengelak dikesan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bukit Dumbar , geng samun , kuku kambing

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan