Dua Ditahan Bawa Mercun, Air Ketum Pada Saingan Perak Lawan JDT

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 4:40 PM

Penonton membaling mercun ketika perlawanan Perak bertemu JDT pada ™ Piala Malaysia 2015 di Stadium Perak, malam Khamis.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki membawa bahan letupan dan air ketum dengan niat menimbulkan kekecohan di Stadium Perak di sini pada malam Khamis.

Perak tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan Piala Malaysia Kumpulan B.

Timbalan Ketua Polis Ipoh Superintendan Mat Nor Rashid berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun adalah salah seorang suspek yang membawa 11 mercun ke stadium itu.

"Seorang lagi ditahan kerana membawa air ketum dan tindakan akan dikenakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1985," katanya.

Jelasnya lagi, bagaimanapun, tidak berlaku kekecohan di kalangan penyokong di dalam stadium.

Penyokong JDT diiringi polis yang keluar dari stadium menggunakan bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU), manakala penyokong Perak pula mengambil masa selama dua jam untuk bersurai selepas perlawanan tamat pada pukul 10.30 malam dengan kawalan FRU di pintu keluar stadium.

Pada pukul 12.08 tengah malam, 'JDT Batu Bus' masuk ke pekarangan stadium dan membawa pemain Johor yang dikawal ketat oleh polis.

Bas ini telah dilengkapi dengan jeriji logam di bahagian cermin dan tingkap selepas penyokong Perak dalam perlawanan sebelum ini, melempar batu dan memecahkan cermin bas berkenaan.


Tags / Kata Kunci: JDT , air ketum , mercun , Stadium Perak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan