Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 6:17 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu pada Jumaat menafikan ada kejadian culik dan bunuh terhadap tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti didakwa oleh pemilik facebook Radzlan Razz, 3 Nov lalu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemui di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan adalah tidak benar.

"Polis memandang serius hal ini kerana mendatangkan kebimbangan orang awam.

Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kenyataan itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Chandra berkata polis membuat laporan berkaitan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan kesahihan maklumat daripada pihak polis sebelum bertindak menghebahkan atau menyiarkan sesuatu berita di laman sosial, katanya.

Beliau turut meminta pemilik facebook dengan nama Radzlan Razz itu supaya menghadirkan diri di mana-mana balai polis berhampiran untuk memberi kenyataan.

"Orang awam yang mengenali penama Radzlan Razz juga diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh disalurkan kepada Insp Nordalila Hamzah, pegawai penyiasat jenayah komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di talian 013-6171758 atau hotline 088-221191.

Tags / Kata Kunci: Kota Kinabalu

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan