Lelaki Ditahan Cuba Rakam Wanita Mandi

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 10:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki bukan saja gagal merakam adegan seorang wanita yang sedang mandi, malah 'terperangkap' oleh telefon bimbitnya sendiri yang digunakan untuk merakam. 

Panik bila menyedari wanita tersebut mengesan sebuah telefon dalam mod rakam di tingkap bilik air rumahnya di sebuah kondominium di sini Ahad lepas, lelaki itu melarikan diri tanpa sempat mengambil telefonnya.   

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Zaini Che Din berkata suspek berusia 40-an ditahan polis keesokan harinya (Isnin) di kediamannya di Seksyen 12, di sini, berdasarkan gambar salinan kad pengenalannya dalam telefon bimbit berkenaan. 

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.03 pagi hari tersebut.  

"Sebaik saja menyedari adegan beliau sedang dirakam, mangsa merampas telefon berkenaan dan menjerit beberapa kali menyebabkan suspek terus melarikan diri,"katanya. 

Dalam satu kenyataanpada Rabu Zaini berkata, suspek bila disoal, menjelaskan beliau kehilangan telefonnya di tempat kejadian sewaktu melawat rakannya yang tinggal di kondominium yang sama. 

Beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kehilangan itu.

Suspek direman empat hari bermula semalam dan barang bukti telah dirampas dan dihantar ke jabatan forensik untuk analisis, kata Zaini.

Tags / Kata Kunci: Rakam wanita mandi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan