Ibu Calon SPM Maut Kemalangan Selepas Hantar Anak Ke Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini, menghadapi detik sedih selepas menduduki kertas Sejarah hari ini apabila mendapat berita ibunya maut dalam kemalangan di Permatang Rambai.

Nurul Husna Mohamad, 17, berkata ibunya menghantarnya dengan motosikal ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muda, di sini, pagi ini sebelum ke tempat kerjanya di Hospital Kepala Batas.

"Saya hanya diberitahu mengenai kemalangan melibatkan ibu saya selepas tamat peperiksaan kertas Sejarah dan dibawa pulang oleh cikgu untuk melihat jenazah ibu. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan, terkejut dan sedih sangat," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Pelajar itu berkata arwah ibunya sentiasa berpesan supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu agar menjadi contoh kepada dua adik lelakinya.

Dalam kejadian pada kira-kira 7.30 pagi ini, jururawat Nazirah Desa, 42, maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan dua kereta di Permatang Rambai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata motosikal wanita itu dilanggar kereta Proton Exora yang dipandu seorang guru wanita dari arah Permatang Sintuk yang masuk ke laluan bertentangan selepas cuba mengelak sebuah basikal ditunggang seorang lelaki di laluan sama.

"Kereta itu melanggar motosikal yang ditunggang wanita berkenaan dan sebuah kereta lain di laluan bertentangan menyebabkan mangsa terhimpit antara dua  kenderaan itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPM , Kemalangan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan