Polis Temui Gigi Dan Tulang Dipercayai Milik Mangsa Bunuh Di Tapah

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 9:47 PM

Anggota polis forensik mengumpul barang kes yang dijumpai di lokasi bengkel membaiki kenderaan di Jalan Pahang dekat Tapah, Rabu, berhubung siasatan ke atas pembunuhan empat individu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Polis menemui gigi, serpihan tulang, kasut dan pakaian dipercayai milik mangsa bunuh di sekitar kawasan rumah suspek di Jalan Pahang, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri ACP Goh Kok Liang berkata kesemua barangan tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Jabatan Kimia untuk tujuan post-mortem dan analisis DNA, katanya kepada pemberita.

Tinjauan Bernama mendapati polis membawa keluar barangan yang ditemui pada kira-kira 5.30 petang dari kawasan rumah suspek.

Goh berkata sehingga petang ini, tiada laporan mengenai mangsa lain yang dibunuh atau sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Isnin lepas polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 65 kilometer dari sini minggu lepas.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Oktober lepas.

Mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini.

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Tapah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan