Bunuh Di Tapah: Abang Terkilan Tidak Dapat Temani Mangsa

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Abang kepada seorang daripada mangsa yang dipercayai dibunuh empat sekeluarga di sekitar daerah Tapah, minggu lepas berasa amat terkilan kerana tidak dapat menemani mangsa pada hari kehilangannya.

Demikian luahan Karamjit Singh, 54, yang merupakan abang sulung kepada seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang yang dipercayai hilang pada 25 Ogos lepas.

"Selalunya saya teman adik ke mana sahaja dia pergi cuma pada hari kehilangan dia, saya sangat letih kerana baru pulang dari Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata mangsa yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik,di dapati hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas 7 malam.

"Selalunya adik balik dalam pukul 2 petang tetapi hari itu lewat pula.

"Pada 10 pagi masa hari kehilangannya, dia masih boleh dihubungi oleh pekerjanya. Beliau hilang ketika membeli makanan untuk enam orang pekerja termasuk seorang anaknya," kata Karamjit.

Karamjit berkata beliau bersama anggota keluarga yang lain cuba mencari mangsa selama empat hari sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tapah.

"Kami mencari sehingga ke Hospital Slim River dan Hospital Ipoh kerana mengingatkan adik saya terlibat dalam kemalangan. 

"Saya juga ingat adik saya kena culik tetapi tiada pula orang datang minta tebusan," katanya.

Menurut Karamjit sebelum ini, mangsa ada beritahu diganggu oleh seseorang yang mahu membeli tanah.

"Saya lihat masa itu, ada orang menghubunginya tetapi dia tak mahu jawab disebabkan lelaki itu desak jual tanah dengan harga murah.

"Tetapi adik kata dia cuma tolong jual sahaja jadi tak boleh nak jual dengan harga yang murah," katanya.  

Karamjit berkata selepas membuat laporan polis, beliau bersama anggota keluarga dibawa ke sebuah syarikat telekomunikasi di Pulau Pinang untuk mengesan orang terakhir yang menghubungi atau dihubungi mangsa.

"Kami dapat kesan tapi nombor telefon itu didaftar di bawah nama orang Cina," katanya.

Katanya mangsa seorang yang peramah serta baik hati dan kehilangan beliau dirasai oleh semua penduduk di sekitar Chenderiang, di sini.

"Dia seorang yang paling peramah dan tidak mempunyai musuh di luar,"katanya.

Mengenai suspek kes itu, Karamjit berharap mahkamah akan membuat keputusan yang adil.

"Saya berharap mereka terima balasan daripada mahkamah. Macam mana adik saya mati, itu yang patut mereka rasa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bunuh Di Tapah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan