Pakar Memasak Dadah Diberkas

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki disyaki pakar memasak dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM60,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda di sini Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata rakyat tempatan berusia 48 tahun itu ditahan di hadapan lif pangsapuri berkenaan pada pukul 10.30 malam.

"Susulan itu, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta milik lelaki terbabit yang diletakkan di tempat parkir di tingkat empat bangunan pangsapuri itu dan menemui pelbagai jenis dadah.

"Antara dadah yang dirampas dalam but kereta lelaki itu ialah heroin  seberat 3.038 kilogram (kg), syabu (6.8 gram), kafein (11kg) dan dua botol  berisi cecair asid," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata siasatan polis mendapati lelaki terbabit yang sebelum ini menghasilkan dadah di unit pangsapuri terbabit, dalam proses memindahkan tempat operasinya ke kawasan lain.

Guan berkata lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket dadah itu didapati membekalkan dadah kepada pembeli di sekitar negeri ini sejak enam bulan lepas.

"Dia yang baru dibebaskan dari penjara awal tahun ini merupakan antara  tukang masak dadah sindiket terbabit yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan heroin dan syabu," katanya.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau terutama  berkaitan dadah itu turut positif dadah dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas kereta Kia Spectra milik lelaki terbabit dan wang tunai sebanyak RM1,288, katanya.

Tags / Kata Kunci: Dadah , Pakar

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan