Bangunan Dalam Pembinaan Di Sekinchan Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 10:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah bangunan empat tingkat yang masih dalam pembinaan di Sekinchan runtuh.

Namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan semasa insiden itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Mohd Fadhli Ahmad berkata anggotanya dikerahkan ke Jalan Gereja di Pekan Sekinchan kira-kira pukul 6.51 petang Selasa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mereka mendapati bangunan yang masih dalam pembinaan itu runtuh sepenuhnya.

Pegawai itu berkata kebakaran bukan punca kegagalan struktur dan cuaca di lokasi dilaporkan dalam keadaan baik sepanjang hari.

"Tiada hujan di Sekinchan sepanjang hari ini. Pekerja di sana menyedari bangunan tersebut menjadi tidak stabil dan meninggalkannya sebelum runtuh.  Kami masih lagi menyiasat punca runtuhan ini," katanya.

Tapak pembinaan itu dibersihkan kira-kira pukul 9 malam.

Sebuah trak jentera bomba dengan sembilan anggotanya diarahkan untuk melakukan operasi pembersihan itu.

Tags / Kata Kunci: bangunan , runtuh , Sekinchan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan