Calon SPM Cedera Bahu Kanan Dikelar Rakan Sekelas - Berita Jenayah | mStar

Calon SPM Cedera Bahu Kanan Dikelar Rakan Sekelas

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 9:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di bahu kanan akibat dikelar dengan pisau oleh rakan sekelasnya dalam pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata seorang guru wanita berumur 40 tahun ternampak sekumpulan pelajar berkumpul dan seorang daripadanya mengacukan pisau kepada mangsa, kira-kira 10 pagi Selasa.

"Mangsa kemudian berlari kepada guru itu dengan berlumuran darah di bahu kanannya. Guru berkenaan kemudian pergi ke bilik guru untuk minta bantuan guru lain," katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

Katanya, ketika kejadian semua pelajar tingkatan lima baru selesai menduduki peperiksaan SPM Kertas 1 Bahasa Inggeris yang diadakan dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

Menurut beliau daripada maklumat awal, punca kejadian adalah pergaduhan mulut antara suspek dan mangsa.

Shuhaily berkata kira-kira tiga bulan lepas suspek tidak hadir ke sekolah kerana sakit dan memerlukan rawatan susulan di Kuala Lumpur.

"Suspek datang ke sekolah baru dua hari hanya untuk menduduki peperiksaan SPM," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: cedera , calon SPM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan