Dua Penjawat Awam Antara Lapan Suspek Militan Yang Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 10:38 AM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan suspek militan rakyat Malaysia telah ditahan dalam operasi berasingan di Selangor, Perak dan Johor, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, suspek yang berusia antara 22 dan 36 tahun ditahan dalam serbuan serentak di tiga negeri itu oleh Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman pada 30 Oktober lalu.


"Enam daripada suspek dipercayai anggota Tandzim Al-Qaeda manakala dua lagi mempunyai hubungan dengan militan Negara Islam (IS)," kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin.

Beliau berkata dua daripada suspek, kedua-dua berusia 28 tahun, adalah kakitangan awam.

"Kami percaya kedua-duanya adalah anggota IS, yang dipunyai oleh sel sama dengan kedua-dua penjawat awam yang ditahan pada Ogos lalu.

"Sel tertentu ini bertanggungjawab menyebarkan ideologi IS di kalangan rakan-rakan mereka di jabatan kerajaan," katanya.

Enam lelaki lagi disyaki anggota Tandzim Al-Qaeda.

Khalid berkata, dua daripada suspek yang berusia 24 dan 33, sebelum ini ditahan di Lubnan pada 18 Oktober 2012, kerana cuba menyeludup masuk ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas.

"Mereka diiringi semula ke Malaysia oleh skuad khas dari Bahagian Anti Keganasan pada 30 Oktober dan ditahan sebaik sahaja mereka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

"Suspek berusia 24 tahun itu adalah bekas penjawat awam dari Selangor manakala suspek berusia 33 tahun itu adalah seorang juruelektrik dari Kuala Lumpur," katanya.

Tambah beliau, empat lagi suspek adalah anggota Tandzim Al-Qaeda dari sel Malaysia .

Suspek telah ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
Tags / Kata Kunci: militan IS , pengganas , penjawat awam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan