Tahanan Reman Lelaki Kelar Pelajar Disambung Tujuh Hari

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 3:49 PM

Intan Suraya Mawardi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini, disambung reman selama tujuh hari lagi bermula Isnin.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 20 tahun yang ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa pada Ahad lepas direman selama tujuh hari sebelum ini dan tempoh berkenaan tamat hari ini.

"Polis berjaya mendapatkan perintah sambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok hingga 8 Nov ini bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan," katanya di sini, Ahad.

Katanya polis percaya dapat melengkapkan siasatan kes itu dalam tempoh berkenaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Ketua Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.

Suspek yang juga teman lelaki mangsa dibawa ke Mahkamah George Town pagi ini dan Pendaftar Mahkamah Rehah Ismail membenarkan polis menyambung reman suspek selama tujuh hari lagi.

Jurucakap polis berkata kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada pukul 7.30 malam.

Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar itu telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.
Tags / Kata Kunci: Intan Suraya Mawardi , kelar pelajar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan