Pejalan Kaki Maut Dilanggar Lori Pikap

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 7:59 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki lelaki berusia 38 tahun maut dilanggar kenderaan lori pikap dalam kemalangan di Jalan Tuaran di sini, Sabtu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata, dalam kejadian pukul 8 malam, lori pikap itu dari arah Kingfisher menghala ke Tuaran telah melanggar mangsa yang secara mengejut melintas dari arah kiri untuk ke seberang kanan jalan.

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Likas oleh pemandu kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 45 minit kemudian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan