Polis Tahan Individu Disyaki Rancang Bunuh Presiden Maldives

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 7:14 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang warga Maldives yang disyaki terlibat dalam rancangan untuk membunuh presiden negara itu, Abdulla Yameen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek merupakan lelaki berusia 47 tahun ditahan bersama empat lagi warganegaranya masing-masing dua lelaki dan wanita berusia antara 28 dan 38 tahun di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Menurut Khalid, lelaki berkenaan bekerja sebagai duta pelaburan negara Maldives.

"Kesemua suspek ditahan di bawah Akta Imigresen dan telah diusir ke negara asal hari ini (Jumaat) untuk tindakan susulan pihak berkuasa Maldives.

"Kejayaan operasi khas ini adalah hasil kerjasama rapat antara Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas PDRM dengan pihak berkuasa Maldives," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Satu letupan berlaku di atas bot presiden Finifenmaa semasa menghampiri ibu negara Male selepas pulang dari Arab Saudi dalam kejadian pada 28 September lalu.

Yameen terselamat dalam insiden itu, bagaimanapun isteri beliau dan dua lagi pembantu mengalami kecederaan. 

Naib Presiden Maldives, Ahmed Adheeb ditahan atas dakwaan terlibat dalam rancangan untuk membunuh presiden.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Maldives , Abdulla Yameen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan