Wanita Maut Akibat Terjatuh Di Lereng Bukit

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 8:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai dekat sini tengah malam Khamis selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superitendan Nazri Nawawi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

"Sebelum mangsa terjatuh, seorang saksi telah melihat mereka bergaduh dan dipercayai teman lelaki berusia 35 tahun itu telah menampar mangsa yang berusia lingkungan 20-an sehingga wanita berkenaan dikatakan tercampak ke bawah bukit.

"Hasil siasatan polis mendapati mangsa terjatuh dari ketinggian 26 meter," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Berikutan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nazri berkata mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Taman Bukit Permai , Ampang , Nazri Nawawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan