Seorang Rentung, Dua Cedera Nahas Kebakaran Kenderaan

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 12:27 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pemandu kereta rentung, manakala dua lagi cedera setelah kenderaan yang dinaiki masing-masing terbakar selepas terlibat dengan kemalangan di Jalan Ulu Choh, Pekan Nenas dekat Pontian, awal pagi Rabu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3 pagi dan melibatkan dua kenderaan yang dilapor bertembung dan terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Mohd Nor Manap, berkata mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta Toyota Vios dan identitinya sukar dikenal pasti ekoran keadaan kenderaan yang hangus teruk.

Beliau berkata, dua lagi mangsa ialah Chian Chli Ned,47 dan Loot Ting Ching, 51 yang mengalami kecederaan setelah kenderaan Proton Exora mereka naiki turut terbakar hampir 70 peratus akibat kemalangan itu.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pontian dekat sini untuk dibedah siasat.--Bernama 



Tags / Kata Kunci: Pekan Nenas , rentung , Mohd Nor Manap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan