Nelayan Hilang Ketika Menjaring Udang Di Perairan Kukup

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar menjaring udang di perairan Kukup Laut, di sini awal pagi Rabu.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi Daerah Johor Baharu, Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, Zaini Jaafar, 55, keluar ke laut pada pukul 3.30 pagi namun tidak pulang sehingga kini.

Menurutnya, saudara mangsa percaya bot gentian dinaiki Zaini hanyut dipukul ribut kuat menyebabkan usaha untuk menghubunginya masih gagal.

"Menurut maklumat yang diterima, mangsa mempunyai seorang isteri dan dua cahaya mata.

"Difahamkan mangsa memakai baju berwarna oren putih dan berseluar hitam ketika keluar ke laut dan menaiki bot gentian sepanjang 16 kaki (4.88m) berwarna merah," katanya dalam kenyataan, di sini.

Aminuddin berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang melibatkan beberapa agensi termasuk APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Polis Marin diaktifkan sejurus laporan kehilangannya diterima.

Turut serta membantu ialah bot nelayan tempatan.

Tags / Kata Kunci: Nelayan , Kukup , Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan