Pemandu Porsche, Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di JB

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pemandu kereta Porsche maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 2.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pagi Rabu.

Kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi sewaktu hujan lebat itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Jasni Saidin, berkata pemandu kereta Porsche dikenali sebagai Lim Foo Yong, 39 dari Taman Molek di sini, manakala penunggang motosikal ialah Amerul Fadzly Abdul Halim, 32 dari Kangar, Perlis.

Jasni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 6.22 pagi dan menghantar sebuah jentera bersama enam keanggotaan ke tempat kejadian.

Apabila tiba di lokasi, mayat Lim, katanya tersepit di bawah tempat duduk pemandu manakala Amerul terlantar di atas jalan raya. 

Kedua-duanya kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut.--Bernama 


Tags / Kata Kunci: Porsche , Jasni Saidin , lebuh raya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan