Gara-Gara Cemburu, Pelajar Dibunuh Dan Dikelar

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 12:55 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Kes pembunuhan paling kejam! Bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi, seorang gadis berusia 17 tahun didakwa telah dirogol dan kemudian dikelar lehernya oleh seorang pengawal keselamatan sekolah, dipercayai teman lelakinya.

Intan Suraya Mawardi ditemui berlumuran darah dalam keadaan separuh bogel di atas katilnya di sebuah flat di Bandar Baru Teluk Kumbar dekat sini.

Polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun, suspek pembunuhan itu.

Mayatnya telah ditemui oleh ayahnya, seorang pegawai khidmat pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berusia 36 tahun apabila dia pulang dari kerja pada pukul 6.30 petang.

Dipercayai suspek merogol dan membunuh gadis itu kira-kira pukul 6 petang Isnin, kemudian kembali ke rumah untuk menukar pakaian sebelum pergi bertugas di sebuah sekolah di Bayan Lepas.

Sumber berkata, dia juga menyembunyikan dua bilah pisau, yang dibalut dengan tudung putih dan dipenuhi darah di dalam kawasan sekolah, dipercayai digunakan untuk membunuh.

Suspek juga menyembunyikan telefon pintar gadis itu dengan menyelitkannya di antara tumbuhan hiasan di dalam kawasan sekolah.

Sumber berkata, lelaki itu telah pergi semula ke tempat kejadian kira-kira pukul 8 malam dan meraung. Beberapa minit kemudian, dia ditangkap.

Selepas disoal siasat selama lima jam, dia membawa polis ke sekolah di mana pisau dan telefon pintar Intan Suraya ditemui.

Polis juga telah pergi ke rumahnya di Permatang Damar Laut di mana pakaian yang dipakai ketika membunuh ditemui. Suspek adalah penagih dadah dan pernah ditahan dua bulan lalu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan