Kaki Curi Lembu Diberkas

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Polis Daerah Kulim dengan bantuan orang ramai telah menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri lembu di Kampung Batu Sarang Ayam, Sungai Seluang, Lunas, di sini petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Supt Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari apabila pemilik ternakan berusia 54 tahun itu terserempak dengan empat lelaki cuba mencuri seekor lembunya.

"Salah seorang daripada empat lelaki itu dilihat menyumpit seekor lembu menyebabkan haiwan peliharaannya itu lemah dan rebah, sebelum mereka memasukkannya ke dalam sebuah kereta untuk dibawa lari," katanya hari ini.

Kegiatan keempat-empat lelaki itu disedari oleh pemilik lembu yang bertindak mengejar kereta membawa lembu curi itu itu bersama-sama rakannya sehingga menyebabkan kereta itu terbabas di semak berhampiran, katanya.

Beliau berkata, tiga daripada empat lelaki di dalam kereta itu bertindak melarikan diri dan meninggalkan pemandu kereta dipercayai berusia 20-an yang mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terbabas.

Lelaki yang cedera itu katanya, telah ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa yang bertindak menghantarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan terhadap kecederaan dialaminya itu.

Polis menurut Abdullah masih menyiasat kes itu.

Tags / Kata Kunci: Curi Lembu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan