Suami Minta Maaf Gagal Selamat Isteri, Anak

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 9:03 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 47 tahun tiada pilihan lain melainkan terpaksa meninggalkan isteri dan anak lelakinya yang terperangkap dalam sebuah rumah yang terbakar di Tuaran demi menyelamatkan dirinya.

Azhari Ahmad gagal mengawal emosinya dan tidak putus-putus menangis ketika sedang dirawat di sebuah hospital di sini.

Dia mengalami patah kaki selepas melompat keluar menerusi tingkap rumah dua tingkat yang sedang terbakar itu.

“Maaf, maaf,” kata peniaga tersebut berulang kali kepada isteri dan anaknya yang maut dalam kebakaran tersebut.

Mayat isteri lelaki itu, Fauziah Bedin, 48, dan anaknya, Habibur Rahman, 8, ditemui di dalam sebuah bilik dan tandas di tingkat bawah rumah tersebut yang terletak kira-kira 35 kilometer dari sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.29 pagi dan tiba dilokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Namun ia sudah terlambat. Apabila pasukan bomba tiba di sana, seluruh rumah sudah terbakar," katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tinggal di rumah tingkat atas rumah dua tingkat tersebut.

Mohd Asnan berkata Fauziah dan Habibur mungkin cuba keluar ketika kebakaran tetapi gagal.

Mereka dipercayai terjatuh ke tingkat bawah apabila bahagian papan di tingkat atas rumah tersebut musnah terbakar.

"Suaminya berjaya menyelamatkan diri apabila terjun melalui tingkap yang menyebabkan kakinya patah," kata Mohd Asnan.

Tags / Kata Kunci: kebakaran , Tuaran

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan