Polis Melaka Rampas Pelbagai Dadah Bernilai RM136,000

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan serta seorang wanita warga asing dan merampas pelbagai dadah jenis bernilai kira-kira RM136,000 di Taman Melaka Raya di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusia 28 dan 50 tahun itu serta wanita yang dipercayai warga Vietnam berusia 27 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan kira-kira 12 tengah malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dadah berkenaan dipercayai ketamin dengan anggaran berat kira-kira lima kilogram; heroin kira-kira 500 gram; pil eramin 5 kira-kira 100 biji; dan 82 biji pil estacy.

"Polis menemui sebahagian daripada dadah berkenaan bersama mereka manakala siasatan lanjut membawa penemuan sebahagian lagi dadah di dalam sebuah lagi kereta di Tengkera di sini kira-kira 1.30 pagi," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Katanya pemeriksaan dilakukan atas maklumat dan risikan awam yang mana ketika ditahan mereka dipercayai mengedar dadah berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.

Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal mendapati dadah berkenaan untuk pasaran kelab hiburan di sekitar Taman Melaka Raya dan sindiket berkenaan dipercayai telah aktif beroperasi kira-kira empat bulan lepas.

Katanya dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari luar negeri ini dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki rangkaian sindiket berkenaan.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai lebih daripada dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah melibatkan kes di Johor Bahru, Johor dan Melaka sejak 2012.

Katanya kedua-dua lelaki yang berasal dari Johor Bahru itu serta wanita berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: dadah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan