Penunggang Motosikal Berang Dalam Video Viral Akan Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis menyelesaikan kes penunggang motosikal warga Britain berang di jalan raya, yang melibatkan dua rakyat Malaysia di Lebuhraya KL-Seremban.

Satu video pertengkaran antara warga Britain berusia 39 tahun, pemandu dan tunangnya menjadi viral di media sosial.

Dalam video berkenaan, warga Britain yang menunggang motosikal Harley, dilihat menengking pemandu MyVi dengan mendakwa pemandu kereta itu nyaris melanggar motosikalnya.

Kemudiannya, pemandu dan penumpang di dalam kereta menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang motosikal terbabit.

"Anda nyaris langgar saya, saya kata jangan dan dia (menunjukkan ke arah seorang penumpang) beri saya isyarat lucah. Siapa anda?" katanya yang kelihatan bercakap di dalam video berkenaan.

Warga Britain itu mendesak pemandu supaya keluar dari kereta untuk bersemuka, manakala pemandu MyVi memberi respons dengan kuat, meminta penunggang motosikal tersebut mengikutnya ke balai polis.

Pemandu MyVi kemudiannya menghubungi bapanya dan bertanyakan sekiranya mempunyai "rakan polis", sebelum memaklumkan bahawa lelaki berkenaan telah memecahkan cermin depannya.

Insiden itu, di mana polis berkata, berlaku dekat susur keluar lebuh raya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada kira-kira pukul 6.30 petang, berakhir tanpa penahanan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata, suspek dijangka didakwa di mahkamah  majistret  pada Selasa atas kesalahan merosakkan harta benda dan ugutan jenayah.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan