Ahli Perniagaan Wanita Hilang RM126,000 Ditipu Sindiket 'Love Scam'

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 3:57 PM

Hartini Tan Abdullah (kanan)

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket 'love scam' yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM126,000.

Wanita berusia 32 tahun yang telah berkahwin itu mendakwa berkenalan dengan seorang 'lelaki kacak' menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun bank tempatan untuk membolehkan dia menuntut hadiah pemberian lelaki terbabit.

Pemangku Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang Hartini Tan Abdullah berkata wanita berkenaan mengenali lelaki terbabit Julai lepas dan mula memasukkan wang  selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket berkenaan bagi mendapatkan hadiah yang dihantar kepadanya.

"Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai, emas dan minyak wangi itu.

"Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM126,000 menerusi 19 transaksi ke dalam dua akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5 Okt lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Hartini berkata wanita itu membuat aduan kepada Gerakan pada 14 Okt lepas selepas kecewa kerana mendakwa tiada perkembangan daripada pihak polis berhubung kes itu dan telah beberapa kali menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap polis dapat menjalankan siasatan kes itu  secepat mungkin kerana ia membabitkan jumlah kerugian yang besar.

"Gerakan juga bercadang mengadakan kempen dan dialog kepada golongan wanita bagi memberi kesedaran berhubung sindiket love scam ini kerana semakin banyak kes seumpama itu dilaporkan sekarang ini," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata polis memulakan siasatan kes itu sebaik menerima laporan.

Beliau berkata polis telah memperoleh maklumat mengenai pemilik akaun  berkenaan dan usaha mengesan mereka yang dipercayai orang tempatan dan anggota  sindiket itu giat dijalankan.

"Saya juga ingin menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita agar tidak terpedaya dengan sindiket love scam itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Love Scam , Polis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan