Polis Tahan 'Ibu Ayam' Warga Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita Indonesia yang dipercayai penganjur pelacuran di sebuah apartment di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata wanita berusia 57 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas ditahan dalam serbuan polis ke apartment itu pada pukul 10.15 malam.

"Turut ditahan lima wanita iaitu tiga Indonesia dan dua Vietnam yang disyaki pelacur. Mereka yang berusia 26 hingga 32 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial," katanya di sini Isnin.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai pelanggan bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: pelacuran , ibu ayam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan