Selipar Terpijak Tahi Anjing, Buruh Maut Ditikam Anak Saudara

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pekerja buruh kontrak warga Indonesia maut ditikam anak saudaranya, gara-gara menegur suspek akibat selipar  miliknya yang dipakai terpijak tahi anjing di kawasan rumah setinggan, Jalan Kebun Teh Lama, di sini, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata Sahral Asmara, 56, yang juga berstatus penduduk tetap ditikam pada pukul 7.40 malam di rumahnya.

"Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek mengenai perkara itu. Suspek yang tidak puas hati lalu meluru masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan pisau lapan inci sebelum menikam mangsa di bahagian kanan pinggang," kata beliau dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sulaiman berkata mangsa kemudiannya sempat keluar dari rumah dan meminta tolong jiran-jirannya sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan, kata beliau.

Sulaiman berkata pihaknya kini giat melakukan usaha untuk menjejaki suspek utama yang juga warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 42 tahun, yang melarikan diri sejurus kejadian.

Beliau meminta saksi dan orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah Johor Baharu Selatan di 07-2218999.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: Buruh , Bunuh

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan