Empat Kanak-Kanak Kemboja Antara Yang Diberkas

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Empat kanak-kanak lelaki warga Kemboja antara 28 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) diberkas dalam Op Ikrar yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Terengganu, awal pagi Isnin.

Kesemua kanak-kanak yang berusia antara satu hingga enam tahun itu ditahan dalam sembilan serbuan berasingan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Ketua penguatkuasa, Ahmad Shalihin Salleh berkata dalam operasi yang bermula pukul 9 malam dan berakhir pukul 3 pagi itu, pihaknya telah menyerbu tiga rumah kongsi dan enam rumah sewa yang menjadi tempat perlindungan mereka.

Katanya dalam operasi selama tujuh jam itu, pihaknya mengesan seramai 10 daripada mereka tidak mempuyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala selebihnya telah menetap lebih masa di negara ini.

"Dalam serbuan kali ini, warganegara Kemboja paling ramai diberkas iaitu 22 orang termasuk empat kanak-kanak tersebut, selain seorang warganegara Myanmar, Iran dan empat Bangladesh turut ditahan.

"Seramai 10 orang ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan manakala 18 lagi disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang sepatutnya termasuk kanak-kanak tersebut," katanya pada Isnin.

Menurut beliau dalam operasi itu, pihaknya turut mengeluarkan borang 29 (saman saksi) kepada seorang lelaki warga Kemboja supaya hadir ke bahagian penguatkuasa bagi membantu siasatan.

Sementara itu cubaan sepasang suami isteri warga Kemboja untuk melarikan diri bersama empat anaknya yang berusia 1 hingga 13 tahun tidak berhasil apabila pihak berkuasa berjaya mengesan mereka dalam operasi tersebut.

Enam sekeluarga itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi di rumah sewa mereka di Kampung Teluk Ketapang di Kuala Nerus.

Kesemua Pati yang ditahan berusia satu hingga 56 tahun telah dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Ajil di Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Kemboja , Ops Ikrar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan