Gambar Pelancong Sentuh Kemaluan Budak Lelaki Cetus Kemarahan Penduduk

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat gambar seorang lelaki menyentuh kemaluan dua budak lelaki di pantai dipercayai di Sabah yang kini tersebar di media sosial.

Ketua Polis Semporna, Superitendan Peter Umbuas berkata, pihaknya maklum berhubung gambar itu dan ketika ini sedang berusaha untuk mengetahui bila dan dimana ia dirakam.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah kerana perbuatan tidak senonoh di tempat awam," katanya.

Gambar lain menunjukkan sekumpulan pelancong Asia bergambar bersama seorang kanak-kanak yang bogel didepan mereka.

Bagaimanapun, gambar seorang lelaki memegang kemaluan kanak-kanak lelaki berusia dua dan tiga tahun itu adalah yang terkini disebarkan selepas gambar sekumpulan pelancong berbogel di pantai sebuah pulau baru-baru ini.

Ketua Biro Pelancongan Umno Semporna, Razak Tampi berkata, penduduk tempatan marah dengan perbuatan pelancong berkenaan.

"Kami mengalu-alukan kedatangan mereka, tetapi pada masa sama mereka sepatutnya menghormati budaya dan agama di sini," katanya.

Beliau berkata, pelancong yang berkelakuan tidak sopan umpama menghina penduduk di situ.

"Budak lelaki itu tahu apa-apa dan mereka telah dipergunakan," kata Razak.

Sementara itu, Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun pula berkata, pihak berkuasa tempatan akan mengadakan pertemuan dengan pengusaha pelancongan tempatan pada Ahad untuk mencari jalan penyelesaian berhubung insiden ini.

Tags / Kata Kunci: pelancong , Peter Umbuas , Masidi Manjun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan