Mayat Dua Kanak-Kanak Ditemui Berpelukan Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 10:27 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan di bawah katil dalam kebakaran sebuah rumah di Tanjung Minyak di sini petang Jumaat.

Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya Nur Qalisha Balqis, 6, ditemui rentung pada pukul 5.55 petang oleh anggota bomba.

Timbalan Penguasa Bomba (Operasi) Melaka, Kamarulzaman Mohd Din berkata bapa mangsa Rosghazali Shapie berusia 40-an pula diselamatkan orang awam selepas pengsan akibat terhidu asap tebal ketika cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya itu.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.38 petang dan tiba di lokasi lapan minit kemudian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya bomba dapat mengawal api daripada merebak pada pukul 6.20 petang dan siasatan awal mendapati api dipercayai berpunca dari bilik tengah rumah berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir 70 peratus kediaman itu.

Kamarulzaman berkata ketika kejadian bapa mangsa berada di luar rumah manakala ibu mereka bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.

Beliau berkata mayat adik-beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat manakala bapa mereka menerima rawatan di hospital sama.

Katanya kebakaran berkenaan turut menyebabkan kereta milik keluarga mangsa mengalami kerosakan.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan