Perompak Bersenjatakan Parang Ikat Enam Sekeluarga

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Sekumpulan perompak bersenjatakan parang melarikan barangan dan wang tunai berjumlah RM50,000 setelah mengikat enam sekeluarga termasuk pembantu rumah di Taman Serdang, di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Mashariman Ku Mahmood berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu pemilik rumah yang juga peniaga berusia 54 tahun tiada di rumah kerana ke Pekan Serdang untuk bersarapan.

"Apabila peniaga itu pulang ke rumahnya kira-kira pukul 10 pagi, dia mendapati sebuah kereta berwarna putih berada di hadapan rumah teresnya dan bila cuba mendekatinya dia terdengar jeritan seorang anaknya," katanya.

Pemilik rumah itu kemudian ke rumah jirannya untuk menelefon polis sebelum kembali ke rumahnya dan mendapati isteri, empat anaknya iaitu dua lelaki dan dua perempuan serta pembantu rumah diikat di kedua-dua belah tangan.

"Perompak itu dipercayai berjaya meloloskan diri setelah menyedari kehadiran peniaga berkenaan," katanya.

Mashariman berkata barang kemas yang dipakai mangsa dilarikan kumpulan perompak itu.

"Barang lain yang turut lesap adalah beberapa jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai RM15,000," katanya.

Menurut Mashariman lagi, polis percaya perompak itu terdiri antara empat dan lima orang dengan dua daripadanya bersenjatakan parang serta dipercayai orang tempatan.

Beliau berkata, pihaknya kini masih mengesan perompak itu.
Tags / Kata Kunci: rompak , parang , Mashariman Ku Mahmood

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan